Apakah Keracunan Makanan?
Keadaan di mana seseorang itu mengalami
- Loya dan muntah
- Memulas dan sakit perut
- Cirit-birit
- Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
- Ketahanan seseorang
- Jenis racun
- Jumlah racun yang termakan
- Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang
- Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (�shell-fish�) dan sebagainya.
- Tercemar oleh kuman yang merbahaya
- Tercemar oleh bahan-bahan kimia
- Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
Bagaimana Cara Jangkitan
- Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
- Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
- Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
- Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
- Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
- Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
- Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
- Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
- Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
- Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya ..
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan
Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
- Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
- Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
- Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
- Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
- Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
- Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
- Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
- Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.