Blogger Backgrounds

Monday, September 26, 2011

Just sharing....comel sgt!!!


salam...

hari ni n3 tak bkaitan coklat ye..just sharing...
cantik tak iphone sleeve/casing kat bawah tu???
comelllll sangat..
lain kali nak order lagi..:D

Tuesday, September 20, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE!!!!


sebarang tempahan sila hubungi / sms PN. YANN 017 2989689

Wednesday, September 7, 2011

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTEROL

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

KERACUNAN MAKANAN

Apakah Keracunan Makanan?

Keadaan di mana seseorang itu mengalami
  • Loya dan muntah
  • Memulas dan sakit perut
  • Cirit-birit
  • Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul

Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.

Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
  • Ketahanan seseorang
  • Jenis racun
  • Jumlah racun yang termakan
  • Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan?

Punca utama ialah makan makanan yang
  • Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (�shell-fish�) dan sebagainya.
  • Tercemar oleh kuman yang merbahaya
  • Tercemar oleh bahan-bahan kimia
  • Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya


Bagaimana Cara Jangkitan
  • Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
  • Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
  • Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
  • Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
  • Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?

Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk

  • Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
  • Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
  • Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
  • Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
  • Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?

Ya ..
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan

Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan􀂃 Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  • Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
  • Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
  • Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
  • Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.